Saturday, December 18, 2010

Imunisasi Chicken Pox

salam..
sabtu, iaitu smlm la kan..heheh sudah selamat memberi
suntikan imunisasi chicken pox pada tihani..
sebenarnya pergi kinik nak bg dia minum ubat cacing..
tp alih2 ubat plak kehabisan stok..
pastu papanya tnya doctor kalo amek option imunisasi
arini boleh tk..em doctor ckp tkda maslh sbb tihani pon ok je
tkda demam ke apee..so apa lagi..meh ramai2 kite pegang kaki tgn
kakak..hehhhe..nasib baik kakak nanges jap je..pastu ok dh..
boleh blari2 n main lagi dlm bilik doctor tu..
so pada ibu2 yg nak tmbah imunisasi pada ank2 bolehla
masukkn utk chicken pox dlm list..bil lbh kurg dlm rm130.00
tk mahal sgtla..boleh diterima..

pastu terus je blik umah..nak g jalan2 kesiankan kakak plak
tkut dia skit paha..tp sempatlah singgh kedai perabot..nk
survey almari cartoon utk kakak..hayokkkk mahal gak ek almari
budak2 ni..dlm rm300-400 gak..TAK BOLEH DITERIMA..HAHHAH

COPY FROM DR HAMID ARSHAT

Bolehkah simanja saya tidak mengambil sebarang suntikan imunisasi?

Apakah kesan jangka panjang dan pendek sekiranya tidak dibekalkan dengan suntikan tersebut?
Saya menyusukan simanja saya sehingga berumur 2 tahun. Cukupkah antibodi yang diberikan tanpa imunisasi?



Jawapan

Program imunisasi telah banyak menyumbang kepada penurunan kematian bayi/kanak-kanak dan saya nasihatkan puan supaya memastikan yang anak puan mendapatkan suntikan yang disarankan. Imunisasi untuk penyakit Tibi, Hepatitis B, Kol-kol, sakit kerongkong, kancing gigi, polio, campak adalah dianggap penting.

Puan bolehlah berbincang dengan doktor puan mengenai pelalian-pelalian lain yang mungkin perlu ditambah berdasarkan kepada keadaan anak puan. Umpamanya pelalian untuk "chicken-pox" amatlah digalakkan jika anak puan memang mengalami penyakit alahan kulit (atopic aczema) kerana dkhuatiri penyakit "chicken-pox" boleh mengakibatkan kerosakkan kulit pada tempat yang terlibat. Pelalian-pelalian yang disarankan adalah selamat dan risiko kesan sampingan amat rendah.

Jika tidak disuntik anak puan tidak akan mempunyai perlindungan melainkan jika dia sendiri telah mengalami jangkitan/penyakit itu. Penyusuan susu ibu merupakan satu cara natural imunisasi di mana sel-sel hidup antibodi dari ibu boleh memberi perlindungan kepada bayi. Disamping itu system imunisasi bayi juga boleh memberi gerak-balas untuk memberi perlindungan badan untuk melawan penyakit penyakit. Walaupun puan memberi susu badan selama anak puan 2 tahun, saya nasihatkan supaya puan mendapatkan pelalian-pelalian yang disarankan untuk anak puan. Insyaallah lebih selamat.

Sekian,
Dr. A. J. Halim

No comments:

Post a Comment